Yang sebenarnya, dah lama juga buat bisnes ini. Tapi baru inilah nak bercerita dekat blog ceritaejoy. Wife aku ada Menerima tempahan Pulut kuning bagi majlis-majlis seperti khatam Al-quran, Majlis aqiqah, Melunaskan nazar, hadiah kepada tetamu majlis perkahwinan dan sebagainya!
Ianya didatangkan di dalam bentuk pakej ataupun pulut kuning sahaja. Jika di dalam bentuk pakej, terdapat 1 set pulut kuning, surah yasin ataupun buku bacaan doa/ataupun apa sahaja bacaan yang pelanggan inginkan, dan juga air (berperisa ataupun mineral).
Pulut kuning warisan berzaman disediakan 24 jam selepas kami menerima tempahan. Ini adalah untuk memastikan produk kami berada di dalam keadaan "segar". Terdapat dua variasi pulut kuning kami, ianya samada pulut kuning ayam dan daging.
Mengenai harga? Kami faham dengan situasi kewangan kini, jadi kami membuat keputusan dengan menyediakan produk pulut kuning warisan berzaman mengikut BUDGET anda! Nyatakan budget anda, dan kami akan sediakan pulut kuning mengikut budget anda.
Jangan risau, mungkin terdapat persoalan lain daripada anda. Dan anda boleh mendapatkan perkhidmatan rundingan secara PERCUMA daripada kami. Dan kami juga akan memberikan khidmat rundingan mengenai perancangan majlis anda. InsyaAllah.
Jika anda berminat dan ingin membuat tempahan pulut kuning daripada kami, anda boleh hubungi kami melalui talian atau whatsapp di talian 0136400070.
0 Ulasan