6 Sebab kenapa anda perlu keluar daripada zon selesa.
6 Sebab kenapa anda perlu keluar daripada zon selesa . Ramai orang suka berada di dalam zon selesa (comfort zone) kerana tidak mahu berhadapan dengan masalah kehidupan. Mereka lebih suka melakukan perkara yang sama untuk bertahun lamanya. Tetapi tahukah anda, ada 6 kebaikan yang bakal anda perolehi jika keluar daripada zon selesa anda? Jom teruskan bacaan anda. #1 Belajar mengambil risiko. Jika anda terus kekal berada di dalam zon selesa, anda tidak akan pernah belajar berhadapan dengan risiko di dalam kehidupan. Risiko yang bakal dihadapi mungkin melibatkan keputusan penting atau risiko di dalam pelaburan. Apabila risiko yang kita terima kurang, itu menandakan pendapatan kita juga sebenarnya kurang. *Keluar daripada kehidupan selesa anda sekarang dan berani lakukan sesuatu yang berbeza! #2 Belajar mengendalikan sesuatu yang rumit. Dengan hanya keluar daripada zon selesa, anda akan mempelajari ilmu ini. Situasi ini bersamaan dengan, anda sedang berhadapan dengan tayar kereta yang...
Ulasan
Catat Ulasan