Jawapan mudah, betul! Jawapan mendalam, boleh tapi bukan semua orang mampu. 5 bulan lepas, aku ditakdirkan bergaul dan menjadi sebahagian daripada kumpulan manusia. Di situ lah aku belajar banyak perkara yang sebelum ini aku sendiri pun tak pernah tahu dan terfikir.

Masa mula-mula datang, pada aku agak kasar juga layanan yang aku terima oleh majoriti mereka. Aku cuba tak berfikir yang bukan-bukan, dan terus saja melalui hari-hari yang berlalu. Hari pertama aku diajar oleh seseorang. Perwatakannya nampak brutal pada aku. Ada ketika bila aku bertanya, jawapan dan nada suaranya seperti berlagak. Aku hanya ketawa menerima jawapan sebegitu. Tapi sebenarnya aku terasa juga.

Hari demi hari, manusia-manusia di situ masih ada yang bercakap dengan suara yang agak tinggi. Kadang-kadang ada yang memberitahu jika sekiranya aku ok. Aku cakap OK macam biasa. Aku jarang tak OK sebab aku pun takut juga memandangkan aku hanya, mereka ramai.

Lama-kelamaan, seorang demi seorang mulai berubah. Namun aku tetap aku, tiada yang berubah. Akhirnya nada tinggi tiada lagi. Yang tinggal hanya kebaikan dan mungkin juga keikhlasan. Aku sedikit keliru, namun tidak terlalu berfikir mengenainya.

Dalam ramai-ramai insan tersebut, ada beberapa hamba tuhan yang rupanya tidak senang dan iri. Dalam diam mulai meniup khabar yang kurang menyenangkan mengenai aku.